No. Matric: A138647
Program: Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan dengan Kepujian
Tahun pengajian: 3
Semester: 2 sesi 2013/2014
Subjek: GGGE 2123 Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan
Nama Pensyarah: Mejar Mohd Jasmi
Tutorial: Hari- Khamis
Masa- 3pm-6pm
Tempat- Makmal Komputer, Tingkat 5, Jabatan Kejururawatan
Emel: faridzaine00@yahoo.com
KERJAYA JURURAWAT TIDAK HILANG CIRI 'KELELAKIAN'
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejatera. Bagi tugasan kali ini kami dikehendaki membuat blog dan megupas salah satu tajuk tentang perubatan, dan saya telah ingin mengupas tentang isu yang bukan baru lagi, iaitu pandangan masyarakat terhadap jururawat lelaki. Bagai satu stigma, kerjaya membabitkan kejururawatan dan sains kesihatan sinonimnya sering dikaitkan dengan wanita dan ramai berasa janggal apabila mengaitkan ia dengan lelaki.
Alasannya, wanita dianggap lebih relevan dengan kerjaya terbabit memandangkan mereka memiliki perwatakan lembut, penyayang, penyabar dan lebih mudah didampingi pesakit.
Memang sukar menafikan sifat dominan wanita itu bagaikan satu aura yang berupaya menjadi senjata berguna untuk mendekati pesakit, namun adakah itu bermakna lelaki tidak sesuai menjadi jururawat? bagi saya tanggapan mengenai kerjaya jururawat di dominasi golongan wanita dan dikatakan tidak sesuai untuk lelaki hanya dari persepsi masyarakat. Apabila lelaki menjadi jururawat kebanyakan masyarakat akan memadang dari presepsi negetif.
Dan soalan yang selalu di kemukakan kepada saya "kenapa jururawat?" bagi saya keadaan yang tidak menentu dalam dunia penawaran kerja dan nasib pengambilan graduan institusi pengajian tinggi menjadikan suasana pasaran kerja sesetengah sektor dianggap kritikal. Begitupun, masih ada ruang kerja yang menerima kemasukan calon tanpa dibatasi faktor-faktor kekangan jangka panjang. Bagi saya sebagai pelajar jururawat lelaki, "Jika saya ditanya mengapa memilih kerjaya ini, jawapannya adalah sama jika seseorang itu ditanya kenapa dia mengambil bidang kejuruteraan atau bidang lain sebagai kerjaya atau pun profesionalisme. Ia adalah untuk mencari sumber pendapatan yang stabil.
"Tetapi, setiap individu punya alasan tersendiri. Bagi saya, bidang kejururawatan menjanjikan kerjaya yang stabil. Jururawat adalah antara kerjaya yang terbaik tidak kira apa yang berlaku pada keadaan ekonomi. Menurutnya, jangka hayat manusia kini semakin panjang. Setiap orang ingin hidup lebih lama dan berusaha menjaga kesihatan melalui pelbagai cara serta kaedah rawatan. Oleh itu, keperluan terhadap khidmat jururawat menjadikannya sebagai aliran pekerjaan yang realistik.
- Hapus stereotaip
Secara tradisi dan kemudiannya dipandang secara stereotaip, bidang jururawat dianggap kepunyaan kaum Hawa. Jururawat juga dilihat sebagai pembantu kepada doktor dan para ahli penjagaan profesional kesihatan yang lain. Masyarakat umumnya akan melihat jururawat lelaki dari sudut negatif. Apabila lelaki memasuki kerjaya itu, sesetengah pihak akan beranggapan bahawa mereka kurang syarat kelayakan untuk menjadi doktor seterusnya terpaksa memilih kerjaya yang hanya milik kaum wanita.
Kaum Adam yang menceburi bidang kemahiran itu juga dianggap tidak begitu sensitif terhadap emosi, seperti jururawat wanita. Dahulu, kaum lelaki rasa terhalang untuk memceburi bidang kejururawatan kerana takut ciri 'kelelakian' mereka hilang. Ada juga tanggapan bahawa jururawat hanya bekerja untuk doktor dan tidak mempunyai peluang yang banyak untuk melanjutkan bidang kerjaya mereka. Situasi sebenar adalah di sebaliknya. Saya kenal seorang wanita yang bertugas sebagai jururawat dan menyatakan beliau lebih senang bertugas bersama jururawat lelaki. "Kata wanita itu, jururawat lelaki bertindak lebih baik dalam kedaan kecemasan dalam wad ICU (Unit Jagaan Rapi) kerana mereka cenderung mengambil tindakan yang praktikal serta tidak mudah terganggu emosi atau putus asa semasa menjalankan tugas".
Tetapi di Malaysia, kaum lelaki masih di tahap peratusan yang amat kecil dalam kerjaya jururawat walaupun bilangan mereka di sekolah latihan kejururawatan semakin meningkat.
Ada yang berpendapat, kehadiran kaum lelaki dalam profesion kejururawatan boleh meningkatkan prestij kerjaya itu. Pendapat itu berdasarkan ciri-ciri yang wujud dalam lelaki - kepimpinan, dedikasi terhadap kerja serta pengetahuan teknikal. Lelaki juga akan menghadapi masalah berat sebelah atau pilih kasih dalam bidang ini. Kehadiran jururawat lelaki mungkin akan membuat jururawat dan pesakit wanita rasa tidak selesa. Pesakit pula mempunyai tanggapan bahawa jururawat mestilah perempuan kerana kaum itu adalah lebih bersifat lembut, prihatin dan penyayang.
Bagaimanapun kajian mendapati jururawat lelaki juga mempunyai perasaan menyayangi, bukan sahaja terhadap pesakit tetapi juga terhadap profesion mereka.
Bagi saya, bidang kejururawatan adalah satu cabaran. Sebagai seorang pelajar jururawat, saya perlu mengingatkan diri setiap hari bahawa saya membantu manusia dalam kesusahan.
Apabila saya membuat keputusan memilih bidang kejururawatan, saya telah membuat satu keputusan paling bermakna dalam hidup.
Pada masa kini, lebih ramai lelaki memilih kerjaya ini kerana mereka mahukan satu pekerjaan yang menjanjikan sumber pendapatan yang stabil bagi memenuhi tuntutan serta keperluan kewangan mereka. Walaupun kejururawatan menjanjikan karier yang stabil, perkara yang membuatkannya memilih bidang itu adalah kerana interaksi bersama pesakit. Keinginan untuk membantu sesama manusia adalah sama bagi sesiapapun dalam kerjaya perubatan. Namun, kelainan dalam bidang kejururawatan adalah kami terlibat dengan masalah yang dihadapi oleh orang sakit untuk jangka waktu yang lebih lama. Dalam satu aspek, menjaga dan merawat mereka ketika mereka (pesakit) berada dalam keadaan sakit dan tegang. Saya sebagai bakal jururawat, akan cuba memberi perhatian dan merawat pesakit sama seperti layanan yang diharapkan jika ahli keluarganya sendiri yang sakit serta memerlukan rawatan. Saya tidak punya perasaan negatif tentang kerjaya yang saya pilih, satu bidang yang didominasi oleh kaum wanita. Saya rasa jiwa saya sesuai dengan kerjaya ini dan saya amat selesa.
- Nisbah Jururawat Lelaki dan Perempuan
Assalamualaikum Farid.
ReplyDeleteMendalamnya topik ni, macam dah lama terbuku dalam hati.Haha Tapi bagi Aten, Aten suka ada ramai jururawat lelaki sebab lagi senang nak buat kerja, sebab lelaki lebih kuat dan boleh membantu kaum hawa ini menjaga batas aurat. Jururawat lelaki nampak 'smart', jadi senang sikit nak minta kerjasama pesakit wanita yang susah bagi kerjasama. Kihkihkih
Nur Fatin Bint Ramli A138012
wsalam fatin
ReplyDeletehaha...takde la terbuku pun fatin, sepatutnya bidang ni tak perlu la hendak menstereotaipkan hanya orang yg feminin je yang patut kerja jururawat, kalau boleh saya hendak masyarakat bersikap berpandangan terbuka je...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletewsalam hafizatul akmal.....sebenarnya benda tu la selalu bermain dalam fikiran saya dari mula lagi...tapi kalau di negara luar masyarakat mereka sudah dapat menerima jururawat lelaki...saya harap lambat laun masyarakat malaysia juga dapat
Deletemenerima dengan hati terbuka.
Assalamualaikum,topik yang sangat menarik.
ReplyDeletePandangan negatiif sesetengah masyarakt tentg penglibtn lelaki dlm profesion jururawat sememangnya
Perlu d sangkal. Berdasarkan alasan2 diatas, saya yakin masyarakat luar pasti paham akan penglibatan
Lelaki dalam profesion ini. Saya sebagai pelajar jururawat sendiri tahu dan merasai betapaa pentingnya seorang lelaki dalam menguruskan penjagaan kesihatan seorang pesakit.
Tajuk yang sangat menarik. Ya memang orang akan bertanya "kenapa pilih nak jadi jururawat?", soalan tu terlalu lazim bagi jururawat apatah lagi bagi lelaki. Stereotaip masyarakat zaman kini, sekiranya seorang lelaki tu memilih untuk jadi jururawat, lelaki tu mesti daripada golongan "lembut"..hinggakan ada yang bertanya "batch kamu ada lelaki? mesti lembut-lembutkan kan?".
ReplyDeleteTapi sekarang ramai lelaki diluar sana yang berani dan tidak menghiraukan pandangan masyarakat. Tetap memilih kerjaya jururawat dan akhirnya mudah untuk mendapatkan pekerjaan. Jururawat lelaki lebih diperlukan dari segi faktor kekurangan jururawat lelaki dan keperluan tenaga lelaki dalam hospital.
Hizra Fazlia Musa A138154
sebenarnya zyra lleeya soalan-soalan macam tu sudah lali orang-orang luar menanya kan kepada saya....tapi sebagai jururawat lelaki saya sendiri perlu menunjukan kepada masyarakat luar saya kelebihan jururawat lelaki...dan juga kami ni masih lagi berjiwa kelelakian...haha... bukan kerana menjadi jururawat ini yang menghilangkan kelekian kami...
DeleteHi Fred,
ReplyDeleteSaya rasa salah satu cara untuk hapuskan stereotaip masyarakat ialah dengan kelakuan dan perbuatan kita sendiri. jika kamu melakukan setiap perkara dengan ikhlas dan profesional, secara langsung fikiran tentang 'feminine', hilang kelelakian akan hilang dalam minda masyarakat.
"Prove them with your action, not just talking!" ><
**Memilih bidang jururawat merupakan satu keputusan yang paling bermakna dalam hidup saya juga~
TAN JIA YEE A138200
hai Jia Yee,
Deletesaya pun sedang berusha melatih diri saya untukkan bersikap begitu...dengan harapan ,saya merasa cara ini dapat serba sedikit mengubah pemikiran stereotaip masyarakat Malaysia tentang jururawat lelaki .....bagi saya setiap decision yang kita buat dalam hidup ini teramat lah bermakna dan akan memberi kesan di masa hadapan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAs Salam, topik yg menarik untuk dibincang dan sepatutnya menjadi salah satu AGENDA PENTING dalam sesi pemilihan pelajar baru k institut pengajian tinggi di PPUKM @ UKM khasnya (akan berlangsung minggu ini) dan IPTA lain amnya.. ni yg patut diketengahkan oleh pihak fakulti, jabatan serta drpd kesatuan pelajar itu sendiri.. PROMOSI KURSUS kpd golongan pelajar lelaki juga perlu lebih giat dijalankan. Dan mentaliti serta persepsi masyarakat tdk kira menteri k, pendakwah k, professor k walha rakyat biase harus berada pada landasan yg betul. Penerimaan lelaki dlm profession ini adalah sgt penting sbb lelaki sbnrnye sudah lama berkecimpung dlm kejururawatan iaitu sejak TAMADUN AWAL HINDU dan fakta ini setakat yg sy perhatikan dalam bahan bacaan di M'sia ni mmg sgt-sgt jarang diwarwakan even dlm kalangan jururawat itu sendiri. apatah lg kita harapkan agar masyarakat lebih faham dan mengetahui.. dan ingat, penting untuk jururawat lelaki menjaga etika atau adab, ikhlas dalam perbuatan kita. Seseorang tu boleh ada ilmu yg tinggi serta pengalaman dlm byk hal tapi perkara tu belum mnjamin etika atau peribadi seseorang. Malahan manusia akan byk kali silap mentafsir sesuatu. Kadang-kadang kita xperlu bagitahu walau satu perkataan pun ketika bercakap dalam menyampaikan sesuatu perkara, tp cukup memberi impak dengan hanya cara "SHOW THEM THE RIGHT & ACTUAL THING's", Wallahualam
Deletesangat susah nak hapuskan mentaliti atau pemikiran 'orang melayu',,orang-orang kampung TERUTAMANYA,,,bukan stakat 'nurse lelaki' yang menjadi masalah tapi semua jururawat pon dipandang satu kerja yang sangat rendah tahapnya.. nurse masih lagi dianggap orang suruhan doktor,,dan hakikat ini benar!!!walaupun sekarang kita berada di bidang ini dan kita tahu apa tugas jururawat sebenarnya,,tapi sebaliknya yang berlaku,,,yang sedihnya masalah stigma ini bnar-bnar trjadi dan masih lagi berlaku di hampir semua wad apabila jururawat tu dianggap pembantu doktor,,mungkin mentaliti doktor ataupun jururawat tu sendiri yang x berani nak melawan!! Ya~~mungkin disebabkan jururawat perempuan ni terlalu lembut ( terutama yang baru bekerja) dan x berani nak melawan,,doktor akan gunakan mereka menjadi pembantu mereka...kadang2 benda yang kecil pon nak suruh jururawat simpan,,dan apabila pesakit melihat situasi ini mereka pon memang akan anggap tahap jururawat ni sangat rendah... bagi saya,,jururawat lelaki perlu lebih ramai sebenarnya kerana kbanyakan kerja memang memerlukan kudrat lelaki untuk mengangkat pesakit. dan mungkin mereka lebih berani untuk menentang doktor dan menutup semua persepsi negatif terhadap jururawat...cuma kadang2 nurse lelaki ni kurang sket dari segi disiplin masa dan saya rasa benda x jd msalah as long as mereka ada usaha untuk berubah.... :) peace no war-
ReplyDelete- ILHAM SYUHANA BT MOHD NAIN- A138301
Salam Farid..isu yang sensetif untuk jururawat lelaki tetapi perkara yang perlu diutarakan. Siapa kata kalau lelaki memasuki bidang kejururawtaan ini 'kelakian' mereka akan hilang? Masyarakat yang berfikiran seperti itu menunjukkan betapa jahilnya mereka kerana mereka sendiri tidak pernah mengambil tahu apakah tugas sebenar profession juruwat. Mereka hanya memandang tugasan profession jururawat ini seperti di dalam sinetron2x Indonesia dan drama kita, di mana jururawat tugasnya hanya memegang file dan 'membontoti' arahan doctor sahaja. Tugas seorang jururawat adalah lebih dari itu dan kebanyakan tugasnya memerlukan daya fizikal yang kuat. Contohnya jikalau berlaku sebarang kecemasan di mana perlu mengangkat pesakit, maka jururawat lelaki diperlukan. Tambah-tambah lagi kalaulah pesakit itu memiliki badan yang besar dan obesity. Jururwat lekai ini sudah tidak asing di Negara-Negara maju kerana masyarakat mereka sendiri tahu akan kepentingan golongan lelaki dalam profession ini. Walhal di sana, para lelaki berebut untuk memasuki profession jururawat ini dan tidak seperti di Malaysia. Saya berharap 'stigma' dan pemikiran kelas ketiga masyarakat kita ni tiada dan sebelum memberikan pendapat, anda sendiri harus mengetahui nya. Teruskan perjuangan sebagai jururawat. Jangan patah semangat!
ReplyDeleteNOR HAZWANI BINTI MOHD MARZUKI A138650
assalamulaikum...satu tajuk yang menarik mengenai jururawat lelaki. bagi saya jururawat adalah satu profession yang boleh di wakili oleh wanita dan lelaki. kenapa lelaki tak boleh jadi jururawat? tidak semua pesakit adalah lelaki...mengapa ada doktor lelaki? renung-renungkan....
ReplyDeletenur hafizatul akmal bt ramli
A138033
Pada awalnya memang kerjaya jururawat ini diplopori oleh kaum hawa, mungkin kerana tingkah laku mereka yang lemah lembut dan lebih prihatin memerlukan mereka menceburi bidang ini. Maka tidak hairanlah sekiranya kerjaya jururawat ini significant dengan kaum hawa.
ReplyDeleteCuba kita bayangkan sekiranya nisbah anatara jururawat lelaki dan perempuan tidak menunjukkan jurang yang besar, sudah tentu banyak faedah dan kebaikan yang boleh diperolehi terutamanya apabila melibatkan perhubungan antara jururawat wanita dengan pesakit lelaki. Sekiranya tiada amsalah kekurangan jururrawat lelalki, mungkin mereka ditetapkan untuk merawat pesakit lelaki sahaja atau sebaliknya melainkan waktu itu keadaan darurat.
Jururawat daripada kaum adam juga diperlukan dalam melakukan prosedur mengalihkan pesakit yang tidak boleh bergerak ataupun mempunyai tubuh badan yang besar. Kaum adam memiliki kudrat dan tenang yang kuat boleh mengurangkan beban kerja jururawat wanita dan sekaligus mengurangkan masalah sakit belakang dalam kalangan jururawat
Siti Sara binti Kuseri (a138060)
GGWP.. GLHF..
ReplyDeleteSalam bro farid,
ReplyDeleteSaya sebagai rakan sekelas anda juga merasakan tidak adil jika isu jururawat lelaki ini sering dipertikaikan dan dipersoalkan. Malah, ada yang menggelar jururawat lelaki ini jenis lelaki lembut,bukan lelaki sejatilah kononnya. Namun, disebalik stereotaip masyarakat sekeliling ini mereka tidak sedar bahawa jururawat lelaki ini amat-amat diperlukan dalam bidang kejururawatan ini. Sebagai contoh, jika nak diharapkan tenaga seorang perempuan bagi memindahkan pesakit yang berbadan besar amatlah merunsingkan. Tenaga 3 orang jururawat pun belum tentu mampu mengangkat seorang pesakit itu. Hal ini berbeza jika wujudnya ramai jururawat lelaki di dalam sektor kesihatan ini. Di luar negara, jururawat lelaki bukan lagi menjadi isu utama mereka. Jururawat lelaki di sana amat berbeza dengan jururawat lelaki di sini. Saya berbangga dengan semangat anda dalam memperjuangkan jururawat lelaki ini. Teruskan semangat anda~ Fighting! ^^
FATIN AMIRA BINTI AHMAD A134117
salam sheikh,
ReplyDeletehaha,, nice topic bro.. jururawat laki d "anak tirikan".. bole x kite kate gitu..?? hahaha
sterotaip yg ade boleh d ubah jika kita yg lelaki ni sama2 "turun padang"... bilangn lelaki yg dah menjadi NURSE da mula ramai... tp kenapa momentum sterotaip ni masih x menurun?? cuba kaji.. ini just pendapat sy~
1- persatuan/pertubuhan nurse sesuatu institusi tak bukak/ emphasize or seangkatan dgnnye utk pelawa LELAKI pgg jwtn or portfolio ats2... (pelawa je, tp sekadar ajak n lepas pon x bagos.. kemukakan hujah kenapa mereka d tarik)
2- lelaki rase inferior utk pgg portfolio bile melihat kpd barisan exco2 yg rata2 nye kaum hawa... (laki boleh je gerak sndri n xperlu geng utk bkeje,, tp klo da sorg exco laki,, lg 34 exco org pompuan,, mmg demotivated lah)
3- laki acapkali "terusik" dgn tohmahan , "asal amik nurse?" ,, "mesti lemah gemalai die nie",, "mesti belajar x tinggi" n so on...
these are a few yg sy bole utarakan wt sementara..
it is true yg kite buat keje biar ikhlas,, jgn menunjuk... tp kne engt 1 perkara, niat kita bukan menunjuk kita baik,, "PRESENCE OF US" itu penting utk bg impression pd public...
SELAMAT HARI JURURAWAT 2014~ poster cantik,, berterabur penuh gmbr si wanita,, nurse laki x cukup space kah nk masuk..?? hahaha,, something dat need to be think about... media sometimes play big roles n create a great impact..
dats all bro.. nice writing,, n for your info.. i`m a nurse-to-be.. feminin kah aku..??
haha,, lu kenal gua bro.. lu tau gua nurse mcm mane..~
assalamualaikum
ReplyDeletenice topik....jangan terlalu memikirkan kerjaya/pendapatan kerjaya itu stabil atau tidak....back to our niat,,,and rezeki itu milik Allah...jgn takut untuk ceburi apa2 bidang walaupun anda seorang lelaki...andai satu hari nanti anda tidak ditakdirkan sebagai seorang nurse, sekurang2nya ilmu yang anda dapat in shaa allah mampu membantu family.
perlu berubah jadi professional agar stigma orang terhadap SN lelaki tidak lagi menjadi isu.
SN lelaki amat diperlukan dalam profesion ini..... :) jzkk atas pengkongsian yang mengharapkan perubahan pada diri,masyarakat dan seterusnya...
Assalamualaikum Fred,
ReplyDeleteJururawat lelaki kini demandnya sudah meningkat, jangan risau, masyarakat kian berubah untuk menerima golongan minoriti ini, Yang perlu kita risaukan adalah intake jururawat-jururawat lelaki ini, bagaimana untuk menyemai minat pelajar lelaki terhadap kursus kejurawatan ini. Siapa yang bertanggungjawab? Sudah tentulah kita, golongan pelajar kejururawatan dapat menjadi role model kepada pelajar2 untuk memastikan minat disemai sejak dari zaman sekolah lagi.
Anyway, nice blog, keep up the good work!
Saya berasa kagum dengan lelaki yang bergelar jururawat kerana mereka tidak segan mahupun malu dengan kerjaya ini yang sinonim dengan kaum hawa. Mereka juga tidak kisah dipandang pelik dan dikomen negatif oleh sesetengah masyarakat luar yang masih cetek ilmu. Malah, ada jururawat lelaki lebih bagus kualiti kerjanya daripada jururawat perempuan. Semua ini membuktikan bahawa 'gender' bukan masalah utama. Yang penting keikhlasan dan bekerja kerana Allah swt.
ReplyDeleteSemoga anda menjadi seorang jururawat yang diredai Allah. insya Allah
Norfa Fatihah Mohd Fauzi A138334
Saya setuju dengan saudara, ramai orang menganggap jururawat itu merupa kerjaya wanita. Pandangan yang steriotaip daripada masyarakat kadang-kadang memberi tekanan kepada jururawat lelaki. Saya rasa bilangan jururawat lelaki perlu ditambah supaya pandangan steriotaip daripada masyarakat akan berkurang
ReplyDeleteJeremy Pong A138238
Nice topic fred.
ReplyDeletesaya bersetuju dengan pendapat yang diutarakan berkenaan sebenarnya lelaki jauh lebih layak menjadi seorang jururawat. Ketangkasan, kepimpinan, dan tenaga yang sememangnya menjadi sifat dominasi kaum lelaki memang melayakkan kalian untuk mejadi jururawat. Bahkan kalianlah yang sepatutnya menjadi pemimpin dalam Lembaga Jururawat Malaysia kelak.
Berkenaan dengan stigma masyarakat, saya rasa ianya tidak perlu terlampau dibahaskan tentang kenapa masih terjadinya stigma dan sebagainya, namun apa yang lebih penting adalah memberi kefahaman kepada umum mengenai apa pentingnya lelaki menjadi jururawat, kerana adalah sangat tidak adil sekiranya kita menyalahkan mereka yang membuat stigma sedangkan mereka tidak tahu situasi sebenar.
Mungkin apa yang perlu dilakukan oleh pelajar jururawat lelaki ialah mempersiapkan diri dengan ilmu, skills, dan nilai tambah-nilai tambah yang lain sewaktu pengajian, dan kemudiannya berusaha untuk mencemerlangkan diri di alam kerjaya kelak.
ATIEFAH AMALIANA BINTI OMAR A138265
Helloooo..
ReplyDeleteclient utama jururawat adalah pesakit. pesakit terdiri daripada lelaki dan perempuan. walaupun naluri kaum hawa kebanyakannya lagi peka (maaf ya kaum adam..hihihi) namun saya percaya lelaki lagi memahami kaum sendiri maksudnya jururawat lelaki lagi memahami pesakit lelaki. komunikasi antara mereka lebih berjalan lancar kerana wujud persefahaman. itu lah idea yang muncul di kepala..hhih
Shery Jouflin