Wednesday, 28 May 2014


10 GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM BIDANG KESIHATAN 

 

HyGreen Hand Hygiene Recording and Reminding System




HyGreen adalah alat yang menyediakan penjagaan dan peringatan yang utama dalam pengawalan jangkitan kuman kepada pesakit-pesakit dan ahli-ahli staf di hospital. Alat elektronik ini berfungsi untuk memantau dan juga merekodkan semua peristiwa kebersihan tangan di hospital. Jika alat ini mengesan tangan pekerja kesihatan tersebut kotor mesin ini akan mengigati kembali pekerjakesihatan itu untuk membasuh tangan sebelum mendekati pesakit. Alat HyGreen ini juga adalah juga alat pertama dan yang paling komprehensif untuk memastikan dan memantau pekerja kesihatan untuk mematuhan protokol kebersihan tangan di hospital.

 HyGreen direka untuk: 

  • Menjimatkan kos dengan mengurangkan jangkitan 

  • mengingati pekerja kesihatan untuk mencuci setiap kali berinteraksi sesama pesakit        

  • Menjimatkan masa dengan laporan kebersihan tangan yang komprehensif           

  • Hapuskan ketidaktepatan pemerhatian langsung

     

     

    De Mayo Ankle Distractor™ System


    De Mayo Ankle Distractor™ Sistem direka khas untuk artroskopi buku lali dan prosedur-procedur yang melibatkan trauma. Pakar bedah senang mengekses kawasan buku lali sampai lah ke akhir meja OR. Posisi yang menjamin steriliti apabila berada di atas meja OR.  menyenagkan kerja pakar bedah dengan dapat mengurangkan pergerakan pesakit apabila berada di atas meja OR.

     

     

    Humbles TrenWrap™ Positioning Pad System


    Digunakan dalam  robotik & pembedahan laparoskopi. Alat ini digunakan untuk mengikat dan mengukuhkan pesakit di atas katil dan untuk mengelak pesakit bergerak semasa mlakukan procedure tanpa mengunakan sebarang tali. Ia juga mengelakkan tangan pesakit dari kesan lebam. Alat ini juga amat istimewa kerana ia mampu menyokong kedudukan pesakit dalam posisi Trendelenburg. Ia juga dapat minimumkan risiko kecederaan kepada saraf pada bahagian bahu, leher dan kepla.

    Needle-Free Diabetes Care

    Echo Therapeutic (Philadelphia, PA) mengkaji tentang transdermal yang dapat analisis darah melalui kulit tanpa memerlukan pengambilan darah. Alat ini dapat mengambil gula dalam darah tanpa mengunakan jarum. Teknologi ini merupakan satu peranti seakan berus gigi elektrik yang hanya akan membuang  lapisan kulit yang paling luar untuk mendapatkan bacaan paras gula di dalam darah. Alat ini mempunyai sensor untuk menghantar bacan gula darisemasa ke semasa dan menghantar data-data tersebut kepada monitor alat kawalan jauh. Alat ini juga akan membunyikan penggera apabila tahap gula dalam darah tidak normal.

    Robotic Check-Ups

     Teleperubatan terkenal sebagai alat untuk menilai keadaan pesakit dalam siuasi kecemasan , tetapi dengan Robotic Check-Ups bidang perubatan dapat pergi selangkah kehadapan, kerana mereka sekarang dapat membuat rondaan, pemeriksaan pesakit yang berada di bilik yang berlainan, mengemaskini carta-carta dan tanda vital tanpa interaksi secara langsung dengan pesakit. Peranti ini adalah alat mudah alih yang mempunyai skrin dapat berfungsi mengunakan panggilan video dan alat permantauan perubatan.

     

    A Valve Job with Heart

    Produk ini dikeluarkan oleh Edwards Life Sciences (Irvine, CA) yang telah ada di Eropah tetapi sekarang telah digunakan pertama kali di Amarika Syaikat pusat jantung, setakat ini ia banyak digunakan pada pesakit yang lemah. Injap Sapien ini berpandukan arteri femoral dengan mengunakan kateter yang dimasukan berdekatan tulang rusuk pesakit. Bahan injap tersebut dibuat daripada tisu lembu yang tahan karat. Injap ia juga boleh di kembang dengan mengembangkan belon kepada kawasan injap yang tersumbat. Ia juga dapat mengurangkan kos hopital pesakit dan memendekkan jangka masa pesakit apabila berada di hospital selepas melakukan prosedur mengunakan Valve Job.

    Hugs Infant Security

    Hugs® sistem menjaminkan tahap keselamatan  terhadap bayi di hospital. Ia juga menjadi pilihan utama sesetengah hospital terkemuka yang mengunakan alat ini dan juga disokong penuh oleh ibu bapa, jururawat, pentadbiran dan kakitangan keselamatan hospital. Alat ini juga mudah untuk digunakan, hanya meletakkan tag dan ia akan secara automatik mendaftar kedalam sistem mengunakankan perisian. perlindungan dari tag ini boleh terus dimulakan di dalam bilik bersalin. siste Hugs ini memerlukan chek manual untuk memastikan alat-alat lain berfungsi. Ia mempnyai perisian sistem yang memantu status semua peranti, dan ia akan membunyikan penggera jika berlaku sesuatu. Dengan Kisses® option, sistem Hugs secara automatik menegesahkan bahawa bayi-bayi akan berada dengan ibu yang betul.

     

    Antenna Pill RedOrbit.

    Pil yang berteknologi tinggi dari Universiti Florida, ia pil yang mengandungi antena. Ia adalah kapsul yang mempunyai dos ubat tertentu pesakit pada hujung kapsul manakala pada hujung satu lagi mempunyai mikrchip radio kecil. Pil ini juga tidak bertoksin selamat untuk ditelan. Ia akan menghantar isyarat kepada monitor dari leher anda, ia akan dihantar ke dalam telefon bimbit atau jam tangan supaya doktor dan ahli keluarga akan mengetahui adakah anda sudah mengambil ubatan

    Digestible Sensors

    Diluluskan pada tahun 2011, Digestible Sensors atau sensor dicerna akan membantu ahli-ahli penjaga kesihatan supaya mendapat lebih informasi tentang tubuh badan sesesorang dan pilihan rawatan untuk setiap organ yang terlibat. Digestible Sensors adalah sensor yang akan menghantar informasi tentang pesakit-pesakit hospital kepada ahli perubatan profesional untuk membantu dalam menyesuaikan penjagaan setiap pesakit dan juga penjagaan yang diberkan kepada individu lain yang mengalami masalah kesihatan yang serupa. Teknologi ini juga membolehkan individu tersebut untuk menelan pil yang telah diberikan oleh doktor dan tidak perlu untuk membuat pemeriksaan fizikal kerana Digestible Sensors melaksanakan segala fungsi yang sama dengan doktor biasanya dalam mengendalikan pemeriksaan fizikal. Alat ini juga akan memantau sistem badan anda dan menghantar informasi tentang apa yang sedang berlaku dalam badan anda secara tanpa wayar terus ke peranti-peranti yang lain iaitu telefon pintar dan komputer anda untuk kajian anda atau doktor. Ia juga tidak memerlukan sumber tenaga seperti beteri kerana ia hanya bergantung kepada tenaga manusia sebagai tenaga. Dengan cara ini membolehkan individu tersebut dan juga doktor untuk memantau keadaan pesakit walaupun dirumah atau dimana saja.

    MelaFind’s Melanoma detection device

    Melanoma adalah salah satu penyakit kenser kulit yang boleh membawa maut. MelaFind akan membantu dalam proses mengesan tisu-tisu kenser kulit dan menganalisis morfologi tisu atau dengan erti kata lain ia berfungsi sebagai pengimbas optik canggih yang mengunakan cahaya ray untuk menganalisis kawasan kulit dengan tahi lalat yang berbahaya. Maklumat ini membolehkan doktor untuk memeriksa untuk menilai sama ada melanoma positif atau negetif.
    Sekali gua dapat membasmi biopsi yang tidak memerlukan mol bukan kenser. Tujuan utama alat ini adalah untuk mengurangkan jumlah pesakit yang tinggal dengan parut biopsi dan untuk mengurangkan bilangan procedure yang tidak perlu.

No comments:

Post a Comment