Thursday, 12 June 2014



Ini adalah salah satu kajian yang kami jalankan untuk subjek ini.

TAJUK KAJIAN : MENILAI TAHAP KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN DAN KURSUS ICT DALAM KALANGAN JURURAWAT DI PPUKM

Wednesday, 11 June 2014


Video kumpulan kami, tentang cara-cara untuk memberi rawatan kecemasan kepada magsa tercekik. 

Harap membantu, selamat menonton!!!

 

 


Wednesday, 4 June 2014

10 Gambar Model Bahan 'Recycle'

Recycled can cutlery holder. Pemegang Kutleri 

Barang yang diperlukan untuk menghasilkan Pemegang kutleri ini adalah tin-tin buangan dan papan kayu. 

Gambar di bawah meneujukkan bahan-bahan yang diperukan untuk menghasilkan pemegang kutleri.

Bahan-bahan:

Tin-Tin buangan

Papan-papan buangan yang disiap dipotong

Cat & berus cat


Tali pemengang beg



Pemegang Kutleri.

ia juga boleh dijadikan pemegang barang-barang lain.

 
















Inilah hasilnya...


Anda juga boleh menambahkan bilangan tin yang hendak digunakan, mengikut kehendak dan cretiviti anda.
Selamat mencuba... 

 

  

 


Recycled can cutlery holder
Recycled can cutlery holder
Recycled can cutlery holder
Recycled can cutlery holder

Wednesday, 28 May 2014


10 GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM BIDANG KESIHATAN 

 

HyGreen Hand Hygiene Recording and Reminding System




HyGreen adalah alat yang menyediakan penjagaan dan peringatan yang utama dalam pengawalan jangkitan kuman kepada pesakit-pesakit dan ahli-ahli staf di hospital. Alat elektronik ini berfungsi untuk memantau dan juga merekodkan semua peristiwa kebersihan tangan di hospital. Jika alat ini mengesan tangan pekerja kesihatan tersebut kotor mesin ini akan mengigati kembali pekerjakesihatan itu untuk membasuh tangan sebelum mendekati pesakit. Alat HyGreen ini juga adalah juga alat pertama dan yang paling komprehensif untuk memastikan dan memantau pekerja kesihatan untuk mematuhan protokol kebersihan tangan di hospital.

 HyGreen direka untuk: 

  • Menjimatkan kos dengan mengurangkan jangkitan 

  • mengingati pekerja kesihatan untuk mencuci setiap kali berinteraksi sesama pesakit        

  • Menjimatkan masa dengan laporan kebersihan tangan yang komprehensif           

  • Hapuskan ketidaktepatan pemerhatian langsung

     

     

    De Mayo Ankle Distractor™ System


    De Mayo Ankle Distractor™ Sistem direka khas untuk artroskopi buku lali dan prosedur-procedur yang melibatkan trauma. Pakar bedah senang mengekses kawasan buku lali sampai lah ke akhir meja OR. Posisi yang menjamin steriliti apabila berada di atas meja OR.  menyenagkan kerja pakar bedah dengan dapat mengurangkan pergerakan pesakit apabila berada di atas meja OR.

     

     

    Humbles TrenWrap™ Positioning Pad System


    Digunakan dalam  robotik & pembedahan laparoskopi. Alat ini digunakan untuk mengikat dan mengukuhkan pesakit di atas katil dan untuk mengelak pesakit bergerak semasa mlakukan procedure tanpa mengunakan sebarang tali. Ia juga mengelakkan tangan pesakit dari kesan lebam. Alat ini juga amat istimewa kerana ia mampu menyokong kedudukan pesakit dalam posisi Trendelenburg. Ia juga dapat minimumkan risiko kecederaan kepada saraf pada bahagian bahu, leher dan kepla.

    Needle-Free Diabetes Care

    Echo Therapeutic (Philadelphia, PA) mengkaji tentang transdermal yang dapat analisis darah melalui kulit tanpa memerlukan pengambilan darah. Alat ini dapat mengambil gula dalam darah tanpa mengunakan jarum. Teknologi ini merupakan satu peranti seakan berus gigi elektrik yang hanya akan membuang  lapisan kulit yang paling luar untuk mendapatkan bacaan paras gula di dalam darah. Alat ini mempunyai sensor untuk menghantar bacan gula darisemasa ke semasa dan menghantar data-data tersebut kepada monitor alat kawalan jauh. Alat ini juga akan membunyikan penggera apabila tahap gula dalam darah tidak normal.

    Robotic Check-Ups

     Teleperubatan terkenal sebagai alat untuk menilai keadaan pesakit dalam siuasi kecemasan , tetapi dengan Robotic Check-Ups bidang perubatan dapat pergi selangkah kehadapan, kerana mereka sekarang dapat membuat rondaan, pemeriksaan pesakit yang berada di bilik yang berlainan, mengemaskini carta-carta dan tanda vital tanpa interaksi secara langsung dengan pesakit. Peranti ini adalah alat mudah alih yang mempunyai skrin dapat berfungsi mengunakan panggilan video dan alat permantauan perubatan.

     

    A Valve Job with Heart

    Produk ini dikeluarkan oleh Edwards Life Sciences (Irvine, CA) yang telah ada di Eropah tetapi sekarang telah digunakan pertama kali di Amarika Syaikat pusat jantung, setakat ini ia banyak digunakan pada pesakit yang lemah. Injap Sapien ini berpandukan arteri femoral dengan mengunakan kateter yang dimasukan berdekatan tulang rusuk pesakit. Bahan injap tersebut dibuat daripada tisu lembu yang tahan karat. Injap ia juga boleh di kembang dengan mengembangkan belon kepada kawasan injap yang tersumbat. Ia juga dapat mengurangkan kos hopital pesakit dan memendekkan jangka masa pesakit apabila berada di hospital selepas melakukan prosedur mengunakan Valve Job.

    Hugs Infant Security

    Hugs® sistem menjaminkan tahap keselamatan  terhadap bayi di hospital. Ia juga menjadi pilihan utama sesetengah hospital terkemuka yang mengunakan alat ini dan juga disokong penuh oleh ibu bapa, jururawat, pentadbiran dan kakitangan keselamatan hospital. Alat ini juga mudah untuk digunakan, hanya meletakkan tag dan ia akan secara automatik mendaftar kedalam sistem mengunakankan perisian. perlindungan dari tag ini boleh terus dimulakan di dalam bilik bersalin. siste Hugs ini memerlukan chek manual untuk memastikan alat-alat lain berfungsi. Ia mempnyai perisian sistem yang memantu status semua peranti, dan ia akan membunyikan penggera jika berlaku sesuatu. Dengan Kisses® option, sistem Hugs secara automatik menegesahkan bahawa bayi-bayi akan berada dengan ibu yang betul.

     

    Antenna Pill RedOrbit.

    Pil yang berteknologi tinggi dari Universiti Florida, ia pil yang mengandungi antena. Ia adalah kapsul yang mempunyai dos ubat tertentu pesakit pada hujung kapsul manakala pada hujung satu lagi mempunyai mikrchip radio kecil. Pil ini juga tidak bertoksin selamat untuk ditelan. Ia akan menghantar isyarat kepada monitor dari leher anda, ia akan dihantar ke dalam telefon bimbit atau jam tangan supaya doktor dan ahli keluarga akan mengetahui adakah anda sudah mengambil ubatan

    Digestible Sensors

    Diluluskan pada tahun 2011, Digestible Sensors atau sensor dicerna akan membantu ahli-ahli penjaga kesihatan supaya mendapat lebih informasi tentang tubuh badan sesesorang dan pilihan rawatan untuk setiap organ yang terlibat. Digestible Sensors adalah sensor yang akan menghantar informasi tentang pesakit-pesakit hospital kepada ahli perubatan profesional untuk membantu dalam menyesuaikan penjagaan setiap pesakit dan juga penjagaan yang diberkan kepada individu lain yang mengalami masalah kesihatan yang serupa. Teknologi ini juga membolehkan individu tersebut untuk menelan pil yang telah diberikan oleh doktor dan tidak perlu untuk membuat pemeriksaan fizikal kerana Digestible Sensors melaksanakan segala fungsi yang sama dengan doktor biasanya dalam mengendalikan pemeriksaan fizikal. Alat ini juga akan memantau sistem badan anda dan menghantar informasi tentang apa yang sedang berlaku dalam badan anda secara tanpa wayar terus ke peranti-peranti yang lain iaitu telefon pintar dan komputer anda untuk kajian anda atau doktor. Ia juga tidak memerlukan sumber tenaga seperti beteri kerana ia hanya bergantung kepada tenaga manusia sebagai tenaga. Dengan cara ini membolehkan individu tersebut dan juga doktor untuk memantau keadaan pesakit walaupun dirumah atau dimana saja.

    MelaFind’s Melanoma detection device

    Melanoma adalah salah satu penyakit kenser kulit yang boleh membawa maut. MelaFind akan membantu dalam proses mengesan tisu-tisu kenser kulit dan menganalisis morfologi tisu atau dengan erti kata lain ia berfungsi sebagai pengimbas optik canggih yang mengunakan cahaya ray untuk menganalisis kawasan kulit dengan tahi lalat yang berbahaya. Maklumat ini membolehkan doktor untuk memeriksa untuk menilai sama ada melanoma positif atau negetif.
    Sekali gua dapat membasmi biopsi yang tidak memerlukan mol bukan kenser. Tujuan utama alat ini adalah untuk mengurangkan jumlah pesakit yang tinggal dengan parut biopsi dan untuk mengurangkan bilangan procedure yang tidak perlu.

Saturday, 24 May 2014



10 video yang berkaitan tentang perubatan, teknologi dan jururawat.
 Untuk tugasan kali ini. Saya akan berkongsi 10 video menarik. Semoga kalian mendapat informasi berguna, terhibur dan menjadi inpirasi untuk semua. 
  •   This is nursing


  • i Pad in Business: The Ottawa Hospital




 
  • Top 7 Rare, But Extremely Horrific Diseases

 
  • Withings Smart Blood Pressure Monitor

 
  • Funny Ambulance Commercial

 
  • I AM A Nurse

 
  • A very inspirational video

 
  • Funny Ameriquest commercial - Doctor

 
  • Children's Hospital at Dartmouth-Hitchcock performs Katy Perry's Roar

 
  • Paperless Hospital


Friday, 23 May 2014

BIODATA PELAJAR

Nama: MOHAMAD FARID BIN AHMAD ZAINE
No. Matric: A138647
Program: Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan dengan Kepujian
Tahun pengajian: 3
Semester: 2 sesi 2013/2014
Subjek: GGGE 2123 Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan
Nama Pensyarah: Mejar Mohd Jasmi
Tutorial: Hari- Khamis
               Masa- 3pm-6pm
               Tempat- Makmal Komputer, Tingkat 5, Jabatan Kejururawatan
Emel: faridzaine00@yahoo.com







KERJAYA JURURAWAT TIDAK HILANG CIRI 'KELELAKIAN'


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejatera. Bagi tugasan kali ini kami dikehendaki membuat blog dan megupas salah satu tajuk tentang perubatan, dan saya telah ingin mengupas tentang isu yang bukan baru lagi, iaitu pandangan masyarakat terhadap jururawat lelaki. Bagai satu stigma, kerjaya membabitkan kejururawatan dan sains kesihatan sinonimnya sering dikaitkan dengan wanita dan ramai berasa janggal apabila mengaitkan ia dengan lelaki.
Alasannya, wanita dianggap lebih relevan dengan kerjaya terbabit memandangkan mereka memiliki perwatakan lembut, penyayang, penyabar dan lebih mudah didampingi pesakit.

Memang sukar menafikan sifat dominan wanita itu bagaikan satu aura yang berupaya menjadi senjata berguna untuk mendekati pesakit, namun adakah itu bermakna lelaki tidak sesuai menjadi jururawat? bagi saya tanggapan mengenai kerjaya jururawat di dominasi golongan wanita dan dikatakan tidak sesuai untuk lelaki hanya dari persepsi masyarakat. Apabila lelaki menjadi jururawat kebanyakan masyarakat akan memadang dari presepsi negetif.



Dan soalan yang selalu di kemukakan kepada saya "kenapa jururawat?" bagi saya keadaan yang tidak menentu dalam dunia penawaran kerja dan nasib pengambilan graduan institusi pengajian tinggi menjadikan suasana pasaran kerja sesetengah sektor dianggap kritikal. Begitupun, masih ada ruang kerja yang menerima kemasukan calon tanpa dibatasi faktor-faktor kekangan jangka panjang. Bagi saya sebagai pelajar jururawat lelaki, "Jika saya ditanya mengapa memilih kerjaya ini, jawapannya adalah sama jika seseorang itu ditanya kenapa dia mengambil bidang kejuruteraan atau bidang lain sebagai kerjaya atau pun profesionalisme. Ia adalah untuk mencari sumber pendapatan yang stabil.
"Tetapi, setiap individu punya alasan tersendiri. Bagi saya, bidang kejururawatan menjanjikan kerjaya yang stabil. Jururawat adalah antara kerjaya yang terbaik tidak kira apa yang berlaku pada keadaan ekonomi. Menurutnya, jangka hayat manusia kini semakin panjang. Setiap orang ingin hidup lebih lama dan berusaha menjaga kesihatan melalui pelbagai cara serta kaedah rawatan. Oleh itu, keperluan terhadap khidmat jururawat menjadikannya sebagai aliran pekerjaan yang realistik.

  • Hapus stereotaip

Secara tradisi dan kemudiannya dipandang secara stereotaip, bidang jururawat dianggap kepunyaan kaum Hawa. Jururawat juga dilihat sebagai pembantu kepada doktor dan para ahli penjagaan profesional kesihatan yang lain. Masyarakat umumnya akan melihat jururawat lelaki dari sudut negatif. Apabila lelaki memasuki kerjaya itu, sesetengah pihak akan beranggapan bahawa mereka kurang syarat kelayakan untuk menjadi doktor seterusnya terpaksa memilih kerjaya yang hanya milik kaum wanita.
 
Kaum Adam yang menceburi bidang kemahiran itu juga dianggap tidak begitu sensitif terhadap emosi, seperti jururawat wanita. Dahulu, kaum lelaki rasa terhalang untuk memceburi bidang kejururawatan kerana takut ciri 'kelelakian' mereka hilang. Ada juga tanggapan bahawa jururawat hanya bekerja untuk doktor dan tidak mempunyai peluang yang banyak untuk melanjutkan bidang kerjaya mereka. Situasi sebenar adalah di sebaliknya. Saya kenal seorang wanita yang bertugas sebagai jururawat dan menyatakan beliau lebih senang bertugas bersama jururawat lelaki. "Kata wanita itu, jururawat lelaki bertindak lebih baik dalam kedaan kecemasan dalam wad ICU (Unit Jagaan Rapi) kerana mereka cenderung mengambil tindakan yang praktikal serta tidak mudah terganggu emosi atau putus asa semasa menjalankan tugas".


Tetapi di Malaysia, kaum lelaki masih di tahap peratusan yang amat kecil dalam kerjaya jururawat walaupun bilangan mereka di sekolah latihan kejururawatan semakin meningkat.
Ada yang berpendapat, kehadiran kaum lelaki dalam profesion kejururawatan boleh meningkatkan prestij kerjaya itu. Pendapat itu berdasarkan ciri-ciri yang wujud dalam lelaki - kepimpinan, dedikasi terhadap kerja serta pengetahuan teknikal. Lelaki juga akan menghadapi masalah berat sebelah atau pilih kasih dalam bidang ini. Kehadiran jururawat lelaki mungkin akan membuat jururawat dan pesakit wanita rasa tidak selesa. Pesakit pula mempunyai tanggapan bahawa jururawat mestilah perempuan kerana kaum itu adalah lebih bersifat lembut, prihatin dan penyayang.
Bagaimanapun kajian mendapati jururawat lelaki juga mempunyai perasaan menyayangi, bukan sahaja terhadap pesakit tetapi juga terhadap profesion mereka.


Bagi saya, bidang kejururawatan adalah satu cabaran. Sebagai seorang pelajar jururawat, saya perlu mengingatkan diri setiap hari bahawa saya membantu manusia dalam kesusahan.
Apabila saya membuat keputusan memilih bidang kejururawatan, saya telah membuat satu keputusan paling bermakna dalam hidup.

Pada masa kini, lebih ramai lelaki memilih kerjaya ini kerana mereka mahukan satu pekerjaan yang menjanjikan sumber pendapatan yang stabil bagi memenuhi tuntutan serta keperluan kewangan mereka. Walaupun kejururawatan menjanjikan karier yang stabil, perkara yang membuatkannya memilih bidang itu adalah kerana interaksi bersama pesakit. Keinginan untuk membantu sesama manusia adalah sama bagi sesiapapun dalam kerjaya perubatan. Namun, kelainan dalam bidang kejururawatan adalah kami terlibat dengan masalah yang dihadapi oleh orang sakit untuk jangka waktu yang lebih lama. Dalam satu aspek, menjaga dan merawat mereka ketika mereka (pesakit) berada dalam keadaan sakit dan tegang. Saya sebagai bakal jururawat, akan cuba memberi perhatian dan merawat pesakit sama seperti layanan yang diharapkan jika ahli keluarganya sendiri yang sakit serta memerlukan rawatan. Saya tidak punya perasaan negatif tentang kerjaya yang saya pilih, satu bidang yang didominasi oleh kaum wanita. Saya rasa jiwa saya sesuai dengan kerjaya ini dan saya amat selesa.


  • Nisbah Jururawat Lelaki dan Perempuan

Walaupun dengan perkembangan yang agak positif kebelakangan ini, jurang nisbah antara lelaki dan wanita dalam kerjaya kejururawatan begitu ketara. Begitupun, senario itu kini dilihat sedang beransur berubah. "Dalam usaha kami ingin menambah jumlah jururawat lelaki dalam bidang ini, perkembangan semasa menunjukkan ia sedang bergerak dalam arah yang betul," kata pensyarah Sains Kejururawatan, Mary Lim. Bagi Lim, jika pesakit rasa selesa dan yakin dengan ciri 'maskulin' seorang jururawat lelaki, maka tiada masalah bagi pesakit serta pihak pengamal perubatan menerima kehadiran jururawat lelaki bertugas di hospital.

Bagi pelajar jururawat lelaki di seluruh dunia, bidang kejururawatan adalah satu bidang yang signifikan selain menawarkan fleksibiliti dalam masa pekerjaan. Jururawat boleh bekerja sepenuh masa atau separuh masa selain bertugas mengikut jadual syif. Itu juga antara sebab semakin ramai lelaki berminat untuk menceburi kerjaya tersebut. Jadi adakah anda sanggup menyahut cabaran ini.



Me quote: You will give the patient full and ideal hospitality to strive towards. They will race behind you, they will stumble, or they will fall. But in time, they will join you in the action. In time, you will help them accomplish wonders.